Piala Asia B-20 AFC 2023

Piala Asia B-20 AFC 2023
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Uzbekistan
Tarikh1 Mac- 18 Mac
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat(di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Uzbekistan (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Iraq
Separuh Akhir Jepun
 Korea Selatan
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol69 (2.23 per perlawanan)
Kehadiran203,176 (6,554 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Naoki Kumata
(5 gol)
Pemain terbaik Abbosbek Fayzullaev
Penjaga gol terbaik Otabek Boymurodov
2020
2025

Piala Asia B-20 AFC 2023 akan menjadi edisi ke-41 Piala Asia B-20 AFC (termasuk edisi sebelumnya Kejohanan Remaja AFC dan Kejohanan B-19 AFC), sebuah kejohanan bola sepak remaja yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan di bawah umur 20 tahun daripada ahli persatuan mereka. Edisi ini akan menjadi yang pertama dimainkan sebagai kejohanan bawah 20 tahun, kerana AFC mencadangkan untuk menukar kejohanan daripada bawah 19 kepada bawah 20 bermula dari 2023.[1] Selain itu, kejohanan itu turut dijenamakan semula daripada "Kejohanan Remaja B-19 AFC" kepada "Piala Asia B-20 AFC".[2] Pada 25 Januari 2021, AFC mengumumkan bahawa Uzbekistan akan mengekalkan hak tuan rumah untuk edisi 2023 selepas pembatalan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19.[3]

Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan tersebut. Empat pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2023 sebagai wakil AFC.

Arab Saudi adalah juara bertahan, setelah memenangi gelaran pada 2018.

  1. ^ "AFC Competitions Committee recommends changes to youth competitions". AFC. 26 November 2018.
  2. ^ "AFC rebrands age group championships to AFC Asian Cups". AFC. 2 October 2020.
  3. ^ "Latest update on AFC Competitions in 2021". AFC. 25 January 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne