Negara | Malaysia |
---|---|
Ditubuhkan | 1921 |
Bilangan pasukan | 16 (Peringkat Kumpulan) |
Juara semasa | Johor Darul Ta'zim (Trofi ke-7) (2024) |
Kejuaraan terbanyak | Selangor (33 Trofi) |
Rakan TV | |
Tapak sesawang | Laman Rasmi |
Musim 2024–25 |
Piala Malaysia merupakan kejohanan bola sepak teragung di Malaysia dan antara kejohanan tertua di rantau Asia. Piala Malaysia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak Malaysia. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921[1][2][3][4] pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 100 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.[5][6] Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh FAM akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.
|deadurl=
ignored (bantuan)