![]() Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2012 | |
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara-negara tuan rumah | ![]() ![]() |
Tarikh | 24 November - 22 Disember 2012 |
Pasukan | 8 (dari 1 sub-konfederasi) |
Tempat | 4 (di 3 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 18 |
Jaringan gol | 48 (2.67 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() |
Pemain terbaik | ![]() |
← 2010 2014 → |
Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2012 atau dikenali Piala Suzuki AFF 2012 merupakan edisi kesembilan Kejohanan Bola Sepak ASEAN, yang telah ditaja oleh Suzuki.[1] Ia dianjurkan bersama oleh Malaysia dan Thailand dan telah berlangsung pada 24 November hingga 22 Disember 2012.[2]
Singapura menjadi pasukan pertama memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN empat kali, menewaskan Thailand 3–2 secara agregat dalam perlawanan akhir. Jurulatih Singapura Radojko Avramović juga menjadi jurulatih paling berjaya, kali ketiga selepas 2004 dan 2007.[3]