Piala Asia B-23 AFC

Piala Asia B-23 AFC
Ditubuhkan2011
KawasanAFC (Asia)
Jumlah pasukan16
Juara semasa Jepun (gelaran ke-2)
Pasukan paling berjaya Jepun
(2 gelaran)
Piala Asia B-23 AFC 2024

Piala Asia B-23 AFC, atau dikenali sebagai Piala Asia B-23 adalah sebuah kejohanan bola sepak yang diadakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan yang pertama pada mulanya diadakan pada tahun 2013 dan perlawanan kelayakannya pada tahun 2012 tetapi pusingan akhir kemudiannya disahkan akan dimainkan pada bulan Januari 2014.[1][2]


Kejohanan ini dirancang akan diadakan pada setiap dua tahun. Kejohanan 2016 akan menggantikan kelayakan Asia bagi kejohanan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik 2016.[1] Kejohanan ini juga dinamakan semula dari "Piala Asia B-22 AFC" kepada "Piala Asia B-23 AFC".

  1. ^ a b "Call to improve AFC competitions". The-AFC.com. Asian Football Confederation. July 27, 2011. Dicapai pada August 21, 2011.
  2. ^ "Competitions Committee takes key decisions". The-AFC.com. Asian Football Confederation. March 22, 2012. Dicapai pada March 22, 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne