Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | ![]() |
Tarikh | 1–19 Jun 2022 |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 3 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Tempat Ketiga | ![]() |
Tempat Keempat | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 32 |
Jaringan gol | 81 (2.53 per perlawanan) |
Kehadiran | 154,134 (4,817 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pemain terbaik | ![]() |
Penjaga gol terbaik | ![]() |
Anugerah Permainan Bersih | ![]() |
← 2020 2024 → |
Piala Asia B-23 AFC 2022 adalah merupakan edisi ke-5 Piala Asia B-23 AFC (yang sebelum ini Kejohanan Asia B-23 AFC sebelum menjenamakan semula dari 2021),[1] satu kejohanan bola sepak antarabangsa bawah umur yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dua tahun sekali untuk pasukan kebangsaan lelaki bawah 23 tahun di Asia.
Kejohanan akan diadakan di Uzbekistan antara 6–25 September 2022, tetapi telah ditangguhkan kerana pandemik COVID-19, dan dijadualkan semula pada 1–19 Jun 2022.[2][3] Sebanyak 16 pasukan akan bertanding dalam kejohanan ini.[4]
Korea Selatan adalah juara bertahan, tetapi disingkirkan oleh Jepun di suku akhir, gagal menamatkan saingan di antara 4 teratas buat kali pertama. Arab Saudi menjadi antara lima negara berbeza untuk memenangi kejohanan, menewaskan tuan rumah Uzbekistan di perlawanan akhir.