Piala Dunia B-20 FIFA 2023

Piala Dunia B-20 FIFA 2023
Copa Mundial Sub-20 de la FIFA 2023
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Argentina
Tarikh20 Mei – 11 Jun[1]
Pasukan24 (dari 6 konfederasi)
Tempat(di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Uruguay (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Itali
Tempat Ketiga Israel
Tempat Keempat Korea Selatan
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan52
Jaringan gol154 (2.96 per perlawanan)
Kehadiran692,084 (13,309 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Cesare Casadei
(7 gol)[2]
Pemain terbaik Cesare Casadei[2]
Penjaga gol terbaik Sebastiano Desplanches[2]
Anugerah Permainan Bersih Amerika Syarikat[2]
2019
2025

Piala Dunia B-20 FIFA 2023 akan menjadi edisi ke-23 Piala Dunia B-20 FIFA, sebuah kejohanan bola sepak remaja dwitahunan yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan bawah 20 tahun anggota persatuan FIFA, sejak penubuhannya pada tahun 1977 sebagai Kejohanan Remaja Dunia FIFA. Bola perlawanan rasmi yang digunakan dalam kejohanan itu ialah Adidas Oceaunz.

Kejohanan itu diadakan di Argentina, yang sebelum ini menjadi tuan rumah pada tahun 2001. Indonesia pada asalnya ditetapkan untuk menjadi tuan rumah pertandingan itu, setelah menjadi tuan rumah bagi edisi 2021 yang dibatalkan, tetapi hak penganjuran mereka telah dilucutkan pada 29 Mac 2023 kerana keengganan mereka untuk menjadi tuan rumah disebabkan penyertaan Israel.

Ukraine, penyandang juara, tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka kerana gagal layak. Tuan rumah Argentina tersingkir pada pusingan 16 selepas tiga kemenangan di peringkat kumpulan. Perlawanan akhir diadakan pada 11 Jun 2023, dan Uruguay menewaskan Itali untuk menjadi juara buat kali pertama. Ia merupakan gelaran dunia pertama negara sejak pemain senior lelaki dalam Piala Dunia FIFA 1950.

  1. ^ "Bureau of FIFA Council approves increase of FIFA World Cup™ squads to 26 players". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 23 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2022. Dicapai pada 24 June 2022.
  2. ^ a b c d "Casadei claims a golden double". FIFA. 12 June 2023. Dicapai pada 11 May 2023.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne