كأس العالم لكرة القدم 2022 Kaʾs al-ʿālam li-kurat al-qadam 2022 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Qatar |
Tarikh | 20 November – 18 Disember |
Pasukan | 32 (dari 5 konfederasi) |
Tempat | 8 (di 5 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Argentina (Kejuaraan Ke-3) |
Naib Juara | Perancis |
Tempat Ketiga | Croatia |
Tempat Keempat | Maghribi |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 64 |
Jaringan gol | 172 (2.69 per perlawanan) |
Kehadiran | 3,404,252 (53,191 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Kylian Mbappé (8 gol) |
Pemain terbaik | Lionel Messi |
Permain muda terbaik | Enzo Fernández |
Penjaga gol terbaik | Emiliano Martínez |
Anugerah Permainan Bersih | England |
← 2018 2026 → |
Piala Dunia FIFA 2022 adalah temasya ke-22 Piala Dunia FIFA yakni kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang dipertandingkan oleh pasukan-pasukan kebangsaan negara anggota persatuan FIFA. Ia akan diadakan di Qatar pada 20 November hingga 18 Disember 2022. Temasya ini acara Piala Dunia pertama yang diadakan di rantau dunia Arab serta di negara berpenduduk majoriti Muslim.[1] Ia juga menjadi Piala Dunia kedua yang diadakan sepenuhnya di Asia selepas kejohanan 2002 yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun.[2] Di samping itu, kejohanan ini akan menjadi yang terakhir melibatkan 32 pasukan, dengan peningkatan kepada 48 pasukan yang dijadualkan pada kejohanan 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.
Disebabkan oleh keterikan cuaca musim panas di Qatar, Piala Dunia ini akan diadakan dari akhir November hingga pertengahan Disember, menjadikannya kejohanan pertama yang tidak akan diadakan pada bulan Mei, Jun, atau Julai dan akan berlangsung pada musim luruh Hemisfera Utara; ia akan dimainkan dalam jangka masa yang lebih kurang dalam 29 hari.[3] Perlawanan pertama yang dimainkan pada kejohanan itu akan dipertandingkan antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Al Khor. Perlawanan akhir akan diadakan pada 18 Disember 2022, yang juga merupakan Hari Kebangsaan Qatar. Juara bertahan Piala Dunia adalah Argentina.[4]