![]() Trofi Piala Eropah UEFA | |
Badan penganjuran | UEFA |
---|---|
Ditubuhkan | 1958 |
Kawasan | Eropah |
Jumlah pasukan | 24 (Pusingan Akhir) 54 (Kelayakan) |
Layak ke | Piala Juara CONMEBOL–UEFA |
Juara semasa | ![]() (Gelaran ke-4) |
Pasukan paling berjaya | ![]() (4 gelaran) |
Laman sesawang | uefa.com/uefaeuro |
![]() |
Piala Eropah UEFA atau (Bahasa Inggeris: UEFA European Championship) adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara UEFA. Diadakan pada setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.[1][2][3][4]
Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini.[5] Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.[6]