Ditubuhkan | 1992 |
---|---|
Dibubarkan | 2019 |
Kawasan | Antarabangsa (FIFA) |
Jumlah pasukan | 8 |
Juara sebelum | Jerman (Gelaran Pertama) |
Pasukan paling berjaya | Brazil (4 Gelaran) |
Laman sesawang | Piala Konfederasi FIFA |
Piala Konfederasi FIFA merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan. FIFA mengadakan kejohanan ini pada setiap empat tahun. Kejohanan ini melibatkan enam konfederasi (AFC, CAF, CONMEBOL, CONCACAF, UEFA, dan OFC) termasuk juara Piala Dunia FIFA dan tuan rumah sekaligus menjadikan kejohanan ini disertai lapan pasukan.
Diantara tahun 2001 dan 2017 (kecuali tahun 2003), kejohanan ini diadakan di negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun berikutnya, bertindak sebagai acara ujian untuk kejohanan yang lebih besar.
Juara terakhir adalah Jerman, yang telah memenangi Piala Konfederasi FIFA 2017 dengan mengalahkan Chile 1-0 di perlawanan akhir untuk merangkul gelaran pertama.
Pada bulan Mac 2019, FIFA mengesahkan bahawa kejohanan itu tidak lagi akan diadakan, dengan slotnya digantikan dengan pengembangan Piala Kelab Dunia FIFA, dan juga Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021 sebagai permulaan kepada Piala Dunia FIFA 2022.[1][2]
Kejohanan ini telah dimenangi oleh Brazil yang menjuarai sebanyak tiga kali diikuti Perancis sebanyak dua kali manakala Argentina, Denmark, Mexico dan Jerman masing-masing memegang satu kali gelaran.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama revamp