Ditubuhkan | 1957 |
---|---|
Kawasan | Arab Saudi |
Jumlah pasukan | 64 |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara AFC |
Juara semasa | Al-Fayha (gelaran ke-1) |
Kelab paling berjaya | Al-Ahli (13 gelaran) |
Penyiar televisyen | MBC Pro Sports, Al-Riyadiah (hanya perlawanan akhir) |
![]() |
Piala Raja, secara rasmi dikenali sebagai "Piala Penjaga Dua Masjid Suci" (Arab: كأس خادم الحرمين الشريفين ), adalah sebuah kejohanan Piala bola sepak secara kalah mati di Arab Saudi, yang dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.
Piala ini telah dicipta pada tahun 1957 dan telah bermain sehingga tahun 1990. Ia telah dilancarkan semula sekali lagi pada tahun 2007 sebagai "Kejohanan Piala Raja", dan dimainkan oleh hanya 6 pasukan teratas Liga Profesional ditambah pemenang Piala Putera Mahkota dan Piala Persekutuan. Sejak 2014, ia telah dinamakan semula kepada "Piala Raja", dengan melaksanakan format lama, 153 kelab-kelab telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.[1] Al-Ahli adalah juara bertahan.