Piala Super Asia

Piala Super Asia
Badan penganjuranAFC
Ditubuhkan1995; 30 tahun yang lalu (1995)
Dibubarkan2002; 23 tahun yang lalu (2002)
KawasanAsia
Jumlah pasukan2
Kelab paling berjayaArab Saudi Al-Hilal
Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings
(Masing-masing 2 gelaran)

Piala Super Asia ialah pertandingan bola sepak tahunan antara pemenang Kejohanan Kelab Asia dan Piala Pemenang Piala Asia.

Pertandingan ini bermula pada tahun 1995, tetapi berakhir pada tahun 2002 selepas kedua-dua kejohanan utama AFC digabungkan ke dalam Liga Juara-Juara AFC. Kelab paling berjaya dalam pertandingan itu ialah Al-Hilal dari Arab Saudi dan Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne