Piku | |
---|---|
Pengarah | Shoojit Sircar |
Penulis | Juhi Chaturvedi |
Lakon layar | Juhi Chaturvedi |
Dihasilkan oleh | N.P. Singh Ronnie Lahiri Sneha Rajani |
Dibintangi | Amitabh Bachchan Deepika Padukone Irrfan Khan |
Sinematografi | Kamaljeet Negi |
Disunting oleh | Chandrashekhar Prajapati |
Muzik oleh | Anupam Roy |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Yash Raj Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit[1] |
Negara | India |
Bahasa | Hindi Bengali |
Bajet | ₹42 crore (AS$6.2 juta)[2] |
Pecah panggung | ₹141 crore (AS$21 juta)[2] |
Piku ialah sebuah filem komedi-drama India 2015 arahan Shoojit Sircar dan diterbitkan oleh N.P. Singh, Ronnie Lahiri dan Sneha Rajani. Filem ini dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai protagonis utama, Amitabh Bachchan dan Irrfan Khan, dengan Moushumi Chatterjee dan Jishu Sengupta melakonkan watak pembantu.
Skripnya ditulis oleh Juhi Chaturvedi. Penggambaran bermula pada Ogos 2014. Anupam Roy menggubah runut bunyi dan skornya, dan menulis liriknya.
Piku dikeluarkan pada 8 Mei 2015.[3] Filem ini menerima sambutan baik semasa dikeluarkan. Pengkritik memuji latar, penampilan, humor, dan kesederhanaan secara keseluruhannya.[4] Filem ini juga meraih kejayaan di seluruh dunia. Dibuat dengan biaya sejumlah ₹420 juta (AS$6.2 juta), Piku meraih ₹1.41 bilion (AS$21 juta) di seluruh dunia.[2]
Pada 11 Januari 2016, filem ini dicalonkan untuk Filem Terbaik di Anugerah Filmfare ke-61, serta kategori lainnya, Protagonis utama filem ini Deepika Padukone memenangi Anugerah Filmfare Keduanya untuk Pelakon Wanita Terbaik. Amitabh Bachchan meraih Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik keempatnya di Anugerah Filem Kebangsaan ke-63 untuk penampilannya.