Pilihan raya kecil Bukit Batok 2016|
|
|
Terdaftar | 25,727 |
---|
Pengundi hadir | 24,224 (94.16%) ▼ 0.08% |
---|
|
 Peta SMC Bukit Batok |
|
Pilihan raya kecil (PRK) Bukit Batok 2016 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum Singapura ke-12 (PRU ke-12).[1] Adapun PRK ini juga menjadi PRK kesembilan yang diadakan di Singapura sesudah kemerdekaan pada Ogos 1965. Pilihan raya kecil ini diadakan selepas David Ong Kim Huat meletak jawatan pada 12 Mac akibat skandal sulit antara dirinya dengan Wendy Lim, sukarelawan akar umbi PAP. Pada 20 April 2016, Presiden Tony Tan Keng Yam setuju untuk keluarkan writ pilihan raya sesudah diminta oleh Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean untuk menggelar PRK.[2]
Pada 27 April, Murali Pillai dan Chee Soon Juan secara rasmi dinyatakan sebagai calon oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD). Pilihan raya kecil ini berlangsung pada 7 Mei 2016 dengan sembilan tempat mengundi di Bukit Batok ditambah sepuluh tempat mengundi yang tersebar di luar negeri. Murali Pillai mempertahankan posisi partinya dengan memenangkan 14,452 undian. Ia mempertahankan 5,302 undian majoriti dari Dr Chee Soon Juan.