| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
59 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak 30 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | - | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya negeri Perak ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008. Ianya telah berlangsung di 59 kawasan negeri di seluruh negeri Perak, untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Pilihanraya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), dan dijalankan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2008.
Dalam pilihanraya ini, parti memerintah Barisan Nasional (BN) telah dikejutkan dengan kekalahan piliharaya pertamanya dalah sejarah politik negeri Perak, dan kali kedua parti memerintah di Perak ditewaskan; Parti Perikatan adalah perti memerintah pertama tidak mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya negeri Perak 1969 (tetapi tidak berlaku peralihan kuasa disebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat menubuhkan kerajaan, menyebabkan Perikatan menubuhkan kerajaan minoriti[1]). Gabungan tidak rasmi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kawasan DUN negeri dari 59 yang dipertandingkan, dan mendapat majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Perak.[2] Gabungan ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat selepas 1 April 2008. [3]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan