Turkey |
![]() Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Pilihan raya Umum Turki yang ke-16 diadakan pada hari Ahad, 22 Julai 2007 dan akhirnya telah dimenangi oleh Parti Pembangunan dan Keadilan yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdoğan yang kontroversi.
Pilihan raya Turki kali ini disertai oleh 14 parti utama.
Media Turki melaporkan parti pimpinan Erdogan meraih 47 % jumlah undi setelah 81 % saluran mengundi dikira. Ini bermakna 340 dari 550 buah kerusi dimenangi oleh AKP. Ali Çarkoğlu seorang pensyarah sains politik di Universiti Sabancı menyatakan pilihan raya ini menjadi ujian pertama kepada perdana menteri untuk parlimen baru. Jika elit parlimen gagal bekerjasama maka Turki tidak perlulah mengadakan pilihan raya. Selalunya tentera Turki yang sekular buat kacau pada saat-saat akhir.
Parti lawan iaitu Parti Rakyat Republik jauh ketinggalan iaitu hanya mendapat 21 % undi. Turki mengamalkan sistem republik dan telah ratusan tahun menyingkirkan sistem monarki Turki.
Sementara Parti Aksi Nasionalis mendapat 14 % undi sahaja.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan menyatakan ia akan terus melakukan reformasi ekonomi yang diperlukan untuk layak menyertai anggota Kesatuan Eropah. Beliau juga berjanji tentera akan menyusup masuk ke wilayah negara Iraq bagi menyerang pemberontak Kurdis yang bersembunyi di wilayah asal etnik itu.
Ramai tidak menyangka Parti Pembangunan dan Keadilan akan menang buat kali kedua kerana sebelum ini tidak pernah ada mana-mana parti yang menang buat kali kedua.
Parti Pembangunan dan Keadilan pernah diharamkan tetapi didaftar kembali dengan nama lain. Parti Islam itu diharamkan pendaftarannya oleh puak-puak tentera yang masih nasionalis dan sekular kerana memandang Islam hanya faktor memundurkan Turki.
Sekarang pun Parti Pembangunan dan Keadilan dikhuatiri mempunyai agenda Islam yang tersembunyi. Mereka masih ragu adakah parti ini akan melaksanakan syariat Islam seperti isu bertudung, poligami, murtad dan lain-lain yang sebanding dengannya. Ini semua akan menghapuskan asas sekular di Turki yang telah diterapkan oleh pemimpin agung mereka, Mustafa Kemal Atatürk.
Erdogan pernah menyatakan akan mengundurkan diri dari politik dan tidak melaksanakan wawasan partinya jika tidak meraih cukup jumlah kerusi dalam pilihan raya 2007 ini.