Pilihan raya negeri Sabah 2018

Pilihan raya negeri Sabah 2018

← 2013 9 Mei 2018 2020 →

Semua 60 kerusi kepada Dewan Undangan Negeri Sabah
31 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  GS
Pemimpin Mohd. Shafie Apdal Musa Aman Paumin @ Mohd. Aminuddin Aling
Parti Pakatan Harapan
Warisan
Barisan Nasional (UMNO) Gagasan Sejahtera (PAS)
Pemimpin sejak 17 Oktober 2016 (2016-10-17) 27 Mac 2003 (2003-03-27) 2012
Kerusi pemimpin Senallang Sungai Sibuga Tidak bertanding
(bertanding di Tuaran - kalah kerusi)
Pilihan raya
lepas
11 kerusi, 29.6%
(Pakatan Rakyat)
48 kerusi, 55.78% Tiada kerusi, 2.76%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi sebelum 6 45
Kerusi yang
diperlukan
25 31
Kerusi yang
dimenangi
29 29 0
Perubahan kerusi 23 16
Undian popular 398,533 355,091 11,241
Peratusan 47.19% 42.04% 1.33%
Peralihan undi 17.59% 13.74% 1.43%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  PHRS PCS
Pemimpin Dr. Jeffrey G. Kitingan Lajim Ukin Wilfred Bumburing
Parti Gabungan Sabah (STAR) Gabungan Sabah (PHRS) Parti Cinta Sabah
Pemimpin sejak 06 Januari 2012 (2012-01-06) 2016 2013
Kerusi pemimpin Tambunan Klias
(kalah kerusi)
Tamparuli
(kalah kerusi)
Pilihan raya
lepas
1 kerusi, 5.63% Parti baru Parti baru
Kerusi sebelum 1 1 1
Kerusi yang
diperlukan
30 30 30
Kerusi yang
dimenangi
2 0 0
Perubahan kerusi 1 1 1
Undian popular 39,803 17,713 9,311
Peratusan 4.71% 2.1% 1.1%
Peralihan undi 0.92% 2.1% 1.1%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Musa Aman
Barisan Nasional

Bakal Ketua Menteri

Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah

Pilihan raya negeri Sabah 2018 berlangsung pada 9 Mei 2018 serentak dengan pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini untuk memilih 60 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15. Dewan sebelum ini dibubarkan pada 7 April 2018.

Barisan Nasional (BN), dengan kerusi terbanyak, dapat membentuk kerajaan minoriti dengan sendiri. Namun, BN dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkeputusan membentuk sebuah kumpulan 31 kerusi, yang akan membenarkan mereka membentuk sebuah kerajaan gabungan. Musa Aman dilantik secara rasmi semula sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018.

Walau bagaimanapun, Parti Warisan Sabah (WARISAN) (termasuk 6 ADUN BN yang tukar kesetiaan kepada WARISAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan keyakinan dan pembekalan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), dapat membentuk sebuah pakatan 39 kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan.

Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin melantik secara rasmi Mohd. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri ke-15 pada 12 Mei 2018. Hal ini menandakan berakhirnya pemerintahan 24 tahun BN di Sabah dan perubahan parti pentadbir di Sabah buat kali kelima sejak tahun 1963.

Selepas keluar dari BN, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kemudian menukar nama kepada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dengan akronim sama, UPKO pada 2019.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne