Pilihan raya negeri Sarawak 1996

Pilihan raya negeri Sarawak 1996

← 1991 7–8 September 1996 2001 →

Kesemua 62 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
32 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar814,347
Pengundi hadir372,594 (64.18%)
  Parti majoriti Parti minoriti
  DAP
Pemimpin Abdul Taib Mahmud Wong Sing Nang
Parti Barisan Nasional DAP
Pemimpin sejak 26 Mac 1981 (1981-03-26) Unknown
Kerusi pemimpin Asajaya Pelawan
Pilihan raya
lepas
49 kerusi, 62.8% 0 kerusi, 9.7%
Kerusi sebelum 56 0
Kerusi yang
dimenangi
57 3
Perubahan kerusi 1 3
Undian popular 242,839 32,421
Peratusan 67.7% 9.0%
Peralihan undi 4.9% 0.6%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Abdul Taib Mahmud
Barisan Nasional

Terpilih

Abdul Taib Mahmud
Barisan Nasional

Pilihan raya negeri Sarawak ketujuh diadakan antara hari Sabtu, 7 September dan Ahad, 8 September 1996 dengan tarikh penamaan calon pada hari Selasa, 27 Ogos 1996. Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan pada 15 Ogos 1996 sebelum tamat pada 28 November 1996. Terdapat 62 kerusi yang tersedia tetapi hanya 43 kerusi yang dipertandingkan pada hari pilihan raya. Pilihan raya kali ini menyaksikan 814,347 pengundi berdaftar dengan 64.18% pengundi hadir untuk membuang undi.[1]

Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) meletakkan calon untuk semua 62 kerusi, diikuti Parti Tindakan Demokratik (DAP) meletakkan 6 calon, manakala 60 calon bebas bertanding untuk 38 kerusi DUN di Sarawak. Seramai 128 calon telah berjaya dicalonkan pada hari penamaan calon. PBDS yang merupakan parti pembangkang pada pilihan raya 1991, telah diterima semula ke dalam BN Sarawak pada tahun 1994.[1]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama spr

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne