| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor 29 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac tahun 2008, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 2008. Hari penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada hari Ahad, 12 Februari 2008.[1][2] Pengundian berlangsung di seluruh 56 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 20 kerusi di Dewan Negeri Selangor manakala gabungan tidak rasmi parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mendapatkan lebih banyak berbanding Barisan Nasional iaitu sebanyak 36 kerusi.[3] Oleh itu, Selangor merupakan salah satu daripada lima kemenangan gabungan parti-parti ini di pilihanraya negeri yang mencirikan kekuatan pembangkang yang sangat kuat yang akan dialami Malaysia dalam dekad berikutnya, dan memandangkan kedudukannya sebagai negeri utama, ia dianggap sebagai kekalahan yang paling besar dan mengejutkan bagi Barisan Nasional.[4]
Setelah memenangi pilihanraya ini dan membentuk kerajaan baru, gabungan DAP-PAS-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat pada 1 April 2008.[5]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan