| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
222 kerusi dalam Dewan Rakyat Malaysia 112 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 21,173,638 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 15,517,490 (74.71%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.[3][nb 16]
Pilihan raya ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Pahang, Perak dan Perlis; serta pilihan raya kecil Bugaya.
Antara 2020 dan 2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh kemelut politik kerajaan negara. Ketidakstabilan politik terbit daripada para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik COVID-19, telah menyumbang kepada peletakan jawatan dua perdana menteri dan kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing sejak pilihan raya sebelumnya pada 2018.[4]
Dewan Rakyat ke-14 dijangka tamat pada 16 Julai 2023, lima tahun selepas mesyuarat pertama sesi pertama Parlimen Malaysia ke-14 pada 16 Julai 2018.[4] Bagaimanapun, atas permintaan penyandang Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertindak membubarkan Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2022, dan kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari itu. Mengikut perlembagaan, pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, dengan 9 Disember 2022 sebagai hari pengundian terakhir yang mungkin.[5]
Secara tradisinya, pilihan raya umum untuk semua dewan undangan negeri (DUN) kecuali Sarawak juga diadakan serentak sebagai langkah penjimatan kos. Walau bagaimanapun, negeri-negeri boleh membubarkan badan perundangan mereka sendiri secara bebas daripada Parlimen, dan beberapa negeri (Sabah, Melaka dan Johor) melakukan pilihan raya awal akibat daripada kemelut politik seperti di atas, mengganggu kitaran pilihan raya biasa mereka. Negeri-negeri ini, dan Sarawak, telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihan raya secara serentak. Tambahan pula, beberapa negeri lain, terutamanya yang berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, telah menyatakan bahawa mereka lebih suka untuk melengkapkan tempoh penuh.[6]
Pakatan Harapan (PH) memperoleh kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) tidak jauh ketinggalan dengan penguasaan kuat di kawasan utara negara, terutamanya dengan dominasi penuh di Perlis, Kelantan dan Terengganu.[7] Barisan Nasional dengan 30 kerusi, memperoleh kekalahan terburuk dalam sejarah parti. Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula memperoleh dominasi ketara di Sarawak. Walau bagaimanapun, dengan keputusan rasmi (kebanyakan) kerusi Dewan Rakyat pada 20 November 2022, seperti jangkaan popular,[8] tiada gabungan parti yang membentuk majoriti, mencetuskan situasi parlimen tergantung pertama dalam sejarah Malaysia, dan usaha pembentukan kerajaan campuran dijalankan.[9] Akhirnya, ketua PH Anwar Ibrahim dilantik dan diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri negara ke-10 pada 24 November, dengan sokongan sampingan daripada BN, GPS, GRS,[10] Warisan, PBM dan calon bebas.[11]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan