![]() | ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||
|
![]() |
---|
![]() |
Portal Thailand |
Sebuah pilihan raya umum berlangsung di seluruh Thailand pada hari Ahad, 3 Julai 2011, atas Dekri Diraja untuk Membubarkan Dewan Perwakilan, BE 2554 (2011) yang menyebabkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 10 Mei 2011.[1]
Cadangan bagi mengadakan pilihan raya pada 14 November 2010 pernah diusulkan dahulu,[2] tetapi terpaksa ditangguhkan. Pengisytiharan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva agar mengadakan pilihan raya itu timbul ekoran pergolakan selama berbulan-bulan oleh Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran (UDD) atau penyokong "Baju Merah" bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pihak pembangkang nyata meluahkan sokongan bagi rancangan itu, tetapi lebih mengehendaki bahawa parlimen dibubarkan.[3]
Dengan peratusan kehadiran pengundi tersenarai pada 66%,[4] Parti Pheu Thai yang populis mendapat kuasa politik majoriti dengan 265 kerusi,[5] sementara ketua parti ini, Yingluck Shinawatra menjadi perdana menteri wanita pertama dalam sejarah Thailand.[6] Parti Demokrat pula menjadi parti pembangkang utama dengan 159 kerusi.[5]