Platipus Julat zaman: Miosen hingga kini
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Ornithorhynchus Blumenbach, 1800
|
Spesies: | O. anatinus
|
Nama binomial | |
Ornithorhynchus anatinus (Shaw, 1799)
| |
Taburan platypus (merah – asal, kuning – diperkenalkan) | |
Sinonim[2] | |
|
Platipus (nama saintifik: Ornithorhynchus anatinus)[3] ialah spesies mamalia separa-akuatik kecil yang endemik di bahagian timur Australia termasuk Tasmania. Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae[4] dan genus Ornithorhynchus,[3] walaupun fosil keluarga berkait telah dijumpai yang sebahagiannya juga tergolong dalam genus tersebut.
Ia salah satu dari lima spesies ekstan monotremata iaitu kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak, empat spesies yang lain adalah ekidna.
Setakat 2020[kemas kini], platipus menjadi spesies terlindung di bawah undang-undang semua negeri didiami. Ia disenaraikan sebagai spesies terancam di Australia Selatan dan Victoria. Ia telah dicadangkan dalam senarai sama di New South Wales.[5]