![]() | |
Jenis produk | Konsol permainan video Syarikat penerbitan (Filem dan siri TV) |
---|---|
Pemilik | Sony Interactive Entertainment |
Negara asal | Minami-Aoyama, Minato, Tokyo, Jepun |
Diperkenalkan | 3 Januari 1994 |
Pasaran | Seluruh dunia |
PlayStation (Jepun: プレイステーション , Hepburn: Pureisutēshon, dipendekkan secara rasmi sebagai PS) ialah sebuah jenama permainan video yang terdiri daripada empat buah konsol permainan video, dua buah konsol permainan video mudah alih, sebuah peranti telefon pintar serta beberapa buah majalah rasmi. Ia dicipta dan dimiliki oleh Sony Interactive Entertainment semenjak Januari 3 1994, pada masa konsol pertama Sony, PlayStation dilancarkan di Jepun[1]
Konsol asal dalam siri produk ini merupakan konsol permainan video pertama yang mencapai hasil jualan sebanyak 100 juta unit, 9 tahun dan 6 bulan selepas pelancaran rasmi.[2] Pengganti kepada konsol asal, PlayStation 2, yang dikeluarkan pada tahun 2000, merupakan antara konsol yang paling laris di pasaran, mencapai hasil jualan lebih daripada 155 juta unit sejak Januari 28 2012.[3] Konsol PlayStation 3 yang merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, dikeluarkan pada tahun 2006, telah terjual lebih daripada 80 juta unit di seluruh dunia setakat Januari 2013.[4] Manakala, konsol terkini daripada Sony, PlayStation 4, yang dikeluarkan pada tahun 2013, telah terjual sebanyak 1 juta unit pada masa 24 jam pertama selepas pelancaran, dan merupakan konsol yang paling cepat terjual dalam sejarah.[5]
Konsol mudah alih pertama di bawah jenama ini, dikenali sebagai PlayStation Portable (PSP), telah terjual sebanyak 80 juta unit setakat November 2013.[6] Penggantinya, PlayStation Vita, yang telah dilancarkan di Jepun pada Januari 17 2011 dan kebanyakkan kawasan lain pada bulan Februari 2012, telah terjual lebih daripada 4 juta unit setakat Januari 2013.[7] Sony juga mengeluarkan sebuah mikrokonsol yang dikenali sebagai PlayStation TV.[8] Selain itu, peranti lain yang dikeluarkan di bawah jenama PlayStation termasuklah PlayStation X, iaitu sebuah perakam video digital yang diintergrasikan daripada konsol PlayStation dan PlayStation 2 dan hanya dikeluarkan di kawasan Jepun sahaja.
Di bawah jenama PlayStation juga, Sony memperkenalkan beberapa aplikasi dan servis dalam talian yang dikenali sebagai PlayStation Network yang mempunyai pengguna berdaftar sebanyak 110 juta di seluruh dunia (setakat Julai 2013).[9] Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kedai dalam talian yang diberi nama PlayStation Store, yang membolehkan pengguna melakukan pembelian permainan video dan bahan multimedia lain; servis atas talian berbayar yang dikenali sebagai PlayStation Plus dan PlayStation Home, perkhidmatan media sosial berteraskan grafik 3D yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pemain lain yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada 31 Mac 2015,[10] dan PlayStation Mobile (sebelum ini dikenali sebagai PlayStation Suite) yang merupakan kerangka perisian yang membawakan kandungan PlayStation kepada peranti mudah alih yang disahkan memiliki keupayaan menjalankan fungsi kerangka PlayStation Mobile. Setakat ini hanya peranti berasaskan sistem operasi Android sahaja yang memiliki pengesahan daripada Sony untuk menjalankan fungsi PSM.Namun pada tahun 2020,Sony Dijangkakan Akan Mengeluarkan PlayStation 5 atau PS5.[11]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)