PlayStation Eye

PlayStation Eye
PembangunSony Computer Entertainment
Keluarga produkPlayStation
JenisKamera permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Tarikh jualanOktober 2007
Kamera
  • 640×480 piksel @ 60 Hz[1]

  • 320×240 piksel @ 120 Hz[1]
KetersambunganUSB 2.0 (type-A)
Dimensi80mm × 55mm × 65mm
(3.25" × 2.12" × 2.5")
PendahuluEyeToy
PenggantiPlayStation Camera
Rencana berkaitPlayStation Move, EyeToy, Xbox Live Vision, Kinect

PlayStation Eye (dicap dagang sebagai PLAYSTATION Eye) adalah sebuah peranti kamera digital, seperti kamera web, sebagai aksesori tambahan untuk konsol PlayStation 3. Peranti ini menggunakan keamatan komputer dan penjejak pergerakan yang akan memproses imej yang diambil dari kamera. Keadaan ini membolehkan pemain berinteraksi dengan situasi di dalam permainan video menggunakan pengesanan pergerakan dan warna serta bunyi yang dirakam menerusi mikrofon terbina. Kamera ini merupakan pengganti kepada EyeToy yang digunakan dalam konsol PlayStation 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2003. Menurut pereka asal EyeToy, Richard Marks, model EyeToy digunakan bagi mengira kos rekabentuk secara kasar[2].

PlayStation Eye dilancarkan menerusi pek berkas bersama dengan permainan video The Eye of Judgment di Amerika Syarikat pada 23 Oktober 2007[3], di Jepun dan Australia pada 25 Oktober 2007[4][5] dan di kawasan Eropah pada 26 Oktober 2007[6][7]. Pengguna juga boleh mendapatkan peranti ini yang dijual secara berasingan di kawasan Amerika Syarikat[8] kawasan Eropah,[6] dan Australia.[9]

Pada tahun 2013, Sony mengumumkan bahawa peranti PlayStation Eye akan digantikan dengan peranti PlayStation Camera yang akan digunakan untuk konsol PlayStation 4.

  1. ^ a b "PLAYSTATIONEye Brings Next-Generation Communication to PLAYSTATION3". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2008. Dicapai pada 19 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Croal, N'Gai (30 April 2007). "Geek Out: The Playstation Eye is Nearly Upon Us. Dr. Richard Marks Takes Us Behind the Scenes of its Birth.". N'Gai Croal's Level Up. Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-05. Dicapai pada 1 Mei 2007.
  3. ^ Valledor, Mark (20 September 2007). "5 Things You *Don't* Know: THE EYE OF JUDGMENT". PlayStation.Blog. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 25 Ogos 2007.
  4. ^ "The Eye of Judgment(アイ・オブ・ジャッジメント) Biolith Rebellion ~機神の叛乱~ " (Adobe Flash). jp.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 25 Ogos 2007.
  5. ^ "Eye of Judgment". au.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2007.
  6. ^ a b "PlayStation Eye to launch on November 7". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-27. Dicapai pada 26 Oktober 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "PlayStation Eye Street Date". SPOnG. SPOnG. 16 Oktober 2007. Dicapai pada 18 Oktober 2007.
  8. ^ Stocker, Sarah (10 Oktober 2007). "PlayStation Eye, A Little More Info…". PlayStation.Blog. Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 11 Okotber 2007. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  9. ^ "PLAYSTATION Eye". au.playstation.com. Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-20. Dicapai pada 2007-10-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne