![]() | |
![]() Pengawal gerakan PlayStation Move | |
Pengilang | Sony Computer Entertainment |
---|---|
Jenis | Alat kawalan permainan video |
Generasi | Era generasi ketujuh |
Ketersediaan runcit | Amaran: parameter "EU" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja). Amaran: parameter "AUS" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja). Amaran: parameter "NA" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja). Amaran: parameter "JP" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja). |
Kuasa | Bateri litium-ion |
Input | Pengawal gerakan:
Pengawal navigasi:
|
Ketersambungan | Bluetooth, USB |
PlayStation Move (プレイステーションムーヴ, PureiSutēshon Mūvu) adalah pelantar alat kawalan permainan video pengesanan gerakan untuk konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) oleh Sony Computer Entertainment (SCE). Berdasarkan gerakan tangan, PlayStation Move juga menggunakan kamera PlayStation Eye untuk mengesan kedudukan pengawal, dan penderia inersia dalam pengawal untuk mengesan gerakan yang dilakukan. Pertama kali diumumkan pada tarikh 2 Jun 2009, PlayStation Move dilancarkan di wilayah PAL dan sebahagian besar pasaran Asia pada 15 September 2010, di Amerika Utara pada 19 September 2010, dan di Jepun pada 21 Oktober 2010. PlayStation Move akan bersaing dengan Wii Remote dengan Wii MotionPlus dan Kinect yang merupakan sistem kawalan pergerakan untuk konsol Wii dan Xbox 360.
Meskipun PlayStation Move digunakan untuk konsol PlayStation 3, Sony menyatakan bahawa ia mengganggap Move sebagai suatu pelancaran "platform" utama, merancang kempen pemasaran yang agresif untuk menyokong itu. Slogan iklan untuk PlayStation Move dari E3 2010 ialah "This Changes Everything" (Ini Mengubah Segalanya), termasuk kerjasama dengan Coca-Cola, sebagai sebahagian daripada "It Only Does Everything" (Ia Hanya Melakukan Segalanya) iaitu kempen pemasaran yang bermula dengan munculnya PlayStation 3 Slim.
PlayStation Move juga boleh digunakan dalam konsol PlayStation 4 serta digunakan bersama aksesori PlayStation VR[4].