משטרת ישראל شرطة إسرائيل | |
Intisari agensi | |
---|---|
Ibu pejabat | Ibu Pejabat Kebangsaan Polis Israel – Kiryat HaMemshala |
Kakitangan | 35,000[1] |
Belanjawan tahunan | 8.383 bilion NIS (2010)[2] |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | http://www.police.gov.il/ |
Polis Israel (Ibrani: משטרת ישראל, rumi: Mišteret Yisra'el ; Arab: شرطة إسرائيل, rumi: Shurtat Isrāʼīl ) ialah pasukan polis awam bagi Israel. Seperti kelaziman, tugasan-tugasan Polis Israel termasuk pembendungan jenayah, kawalan trafik, penjagaan keselamatan awam, dan penentangan aktiviti terorisme. Polis Israel berada di bawah pentadbiran Kementerian Keselamatan Awam.[3] Ibu pejabat rasmi polis terletak di Kiryat HaMemshala, Jerusalem.[4]
Polis Israel mengawal keseluruhan Israel, Kawasan C Tebing Barat serta Dataran Tinggi Golan,[5] yakni di seluruh kawasan yang memiliki kawalan awam Israel.[6][7] Ini ialah satu-satunya penguatkuasa undang-undang Israel; Israel tiada badan polis di peringkat bawahan sungguhpun beberapa pentadbir-pentadbir tahap bahawan menguruskan undang-undang secara terhad tanpa kewibawaan setaraf polis.[8]