Raja Prajadhipok راج ڤرءجاتيڤوق พระบาทสมเด็จพระปกเกล้าเจ้าอยู่หัว | |
---|---|
Raja Rama VII | |
Raja Siam | |
Pemerintahan | 25 November 1925 – 2 Mac 1935 |
Kemahkotaan | 25 Februari 1926 |
Didahului oleh | Vajiravudh (Rama VI) |
Diikuti oleh | Ananda Mahidol (Rama VIII) |
Perdana Menteri | Lihat senarai |
Keputeraan | Istana Besar, Phra Nakhon, Siam | 8 November 1893
Kemangkatan | 30 Mei 1941 Surrey, England | (umur 47)
Pasangan | Rambhai Barni Svastivatana |
Kerabat | Dinasti Chakri |
Ayahanda | Chulalongkorn (Rama V) |
Bonda | Saovabha Phongsri |
Agama | Buddhisme |
Tandatangan |
Prajadhipok (Bahasa Thai: ประชาธิปก ; 8 November 1893 - 30 Mei 1941) juga dikenali dengan nama Rama VII adalah raja ketujuh dari dinasti Chakri, Siam. Baginda ialah raja mutlak terakhir dan raja berperlembagaan yang pertama di Siam. Pemerintahan baginda adalah semasa Siam bergelora disebabkan oleh perubahan politik dan sosial semasa Revolusi 1932. Bagindalah satu-satunya raja dinasti Chakri Siam yang menuruni takhta.