Priyanka Chopra Jonas | |
---|---|
![]() Priyanka Chopra di 2018 Global Education and Skills Forum | |
Kelahiran | Priyanka Chopra 18 Julai 1982 |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2002–present |
Pangkat | Miss World 2000 |
Pasangan | Nick Jonas (k. 2018) |
Kepujian | Padma Shri (2016) |
Tandatangan | |
![]() |
Priyanka Chopra (disebut [prɪˈjəŋkaː ˈtʃoːpɽaː];[1] lahir 18 Julai 1982) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penerbit filem India, dan pemenang Miss World 2000. Salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di India, Chopra telah menerima pelbagai anugerah, termasuk satu Anugerah Filem Kebangsaan dan lima Anugerah Filmfare. Pada tahun 2016, Kerajaan India mengurniakan Padma Shri kepada beliau, dan Time menamakan beliau sebagai salah seorang daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pada tahun 2017 dan 2018, Forbes menyenaraikan beliau antara 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia.
Biarpun pada awalnya Chopra mahu mempelajari kejuruteraan aeronautik, beliau menerima tawaran bergiat aktif dalam industri perfileman India,[2] yang hadir selepas kemenangannya di pertandingan kecantikan, menjadikan penampilan Bollywood pertamanya dalam filem The Hero: Love Story of a Spy (2003). Beliau memegang watak wanita utama dalam filem Andaaz (2003) dan Mujhse Shaadi Karogi (2004) dan menerima penghargaan meluas dalam filem thriler 2004 Aitraaz. Pada tahun 2006, Chopra memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang ternama Bollywood dengan peranan lakonan dalam filem Krrish dan Don, dan beliau kembali melakonkan wataknya salam kesinambungannya. Beliau kembali aktif pada 2008 dengan memegang watak seorang model bermasalah dalam filem Fashion, yang melayakkan beliau memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan wartawan glamor dalam Dostana. Chopra mendapat pengiktirafan meluas dengan melakonkan pelbagai watak dalam filem seperti Kaminey (2009), 7 Khoon Maaf (2011), Barfi! (2012), Mary Kom (2014), dan Bajirao Mastani (2015). Dari 2015 hingga 2018, beliau berlakon sebagai Alex Parrish dalam siri drama thriler ABC Quantico, menjadi pelakon Asia Selatan pertama yang menerajui siri drama rangkaian Amerika. Chopra telah memegang watak dalam filem komedi Baywatch (2017) dan Isn't It Romantic? (2019), dan kembali ke pawagam Hindi menerusi watak utama dalam biopik The Sky Is Pink (2019).[3][4][5][6]
Sebagai dermawan, Chopra telah bekerjasama dengan UNICEF sejak tahun 2006 dan telah dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF Kebangsaan untuk Kanak-Kanak pada tahun 2010 dan 2016 masing-masing. Beliau mempromosikan kegiatan sosial seperti persekitaran, kesihatan dan pendidikan, dan hak-hak wanita, dan bersuara mengenai kesamaan jantina dan feminisme. Sebagai artis rakaman, beliau telah mengeluarkan single. Beliau juga merupakan pengasas syarikat penerbitan Purple Pebble Pictures, yang menerbitkan filem Marathi Ventilator (2016) yang diiktiraf. Biarpun mengekalkan privasi, kehidupan luar skrin Chopra ialah subjek liputan media yang besar. Beliau berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Amerika Nick Jonas pada Disember 2018.[7][8]