Propolis [pro-po-lis] ialah campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada rembesan terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain. Ia sering digunakan sebagai bahan menutup ruang terbuka semasa membina sarang-sarang lebah berkeluasan tertentu (anggaran 6 milimeter atau kurang), sementara ruang yang lebih besar dipenuhi dengan lilin lebah.
Warna rembesan propolis berbeza bergantung kepada sumber botani diperolehi lebah penghasil - warna perang gelap yang biasa kelihatan. Propolis melekit apabila melebihi 20 °C, ia mengeras sehingga mudah rapuh apabila ia didedahkan dalam suhu rendah.