Protokol Pejabat Pos

Protokol Pejabat Pos ("Post Office Protocol-POP") merupakan protokol lapisan aplikasi piwaian Internet yang digunakan oleh pelanggan surat eletronik untuk mengambil surat eletronik dari pelayan mel jauh melalui sambungan suite protokol Internet ("|TCP/IP"). POP dan IMAP (Internet Message Access Protocol) adalah protokol piwaian Internet paling meluas bagi pengambilan surat eletronik. Hampir kesemua pelanggan surat eletronik moden dan pelayan menyokong kedua-duanya. Protokol POP telah dibangunkan melalui beberapa versi, dengan versi 3 (POP3) merupakan piwaian semasa. POP3 digunakan bagi kebanyakan perkhidmatan mel jaringan seperti Gmail dan Yahoo.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne