Psittacopasseres adalah satu taxon burung yang terdiri daripada Passeriformes (passerines, satu kumpulan besar burung-burung tenggek) dan Psittaciformes (parrot).[3] Berdasarkan Ericson dan rakan-rakan beliau, semasa menganalisa genomik DNA, mendedahkan juraiannya terdiri daripada passerines, psittacines dan Falconiformes.[4] Kumpulan ini dicadangkan berikutan jajaran susuan "nuclear intron" yang dibuat oleh Shannon Hackett et al. pada tahun 2008.[5] Ia secara rasminya dinamakan sebagai Psittacopasserae dalam satu artikel Nature Communications pada tahun 2011 oleh Alexander Suh dan para pengarang lain yang berkerja dengan kumpulan Jürgen Schmitz[6]