Pulau Hantu ialah sebuah pulau yang terletak di negara Singapura. Pulau Hantu sebenarnya terdiri daripada dua pulau, Pulau Hantu Besar Big Ghost Island dan Pulau Hantu Kecil Little Ghost Island, dengan keluasan sebanyak 12.6 hektar.
Nama Pulau Hantu diberikan kerana bahagian pertengahan pulau seakan 'hilang' semasa air pasang tinggi. Semasa air surut, Pulau Hantu boleh dilihat sebagai salah satu pulau dengan dua teluk yang besar di sebelah utara dan selatan pulau. Walau bagaimanapun, semasa air pasang tinggi, paras air di teluk akan naik dan bahagian tengah pulau (yang geografi yang lebih rendah daripada bahagian-bahagian lain) akan hilang di bawah air pasang dan mengakibatkan kedua-dua pulau tersebut menjadi kecil.