Pulau Easter
Rapa Nui Isla de Pascua | |
---|---|
Jajahan Khas, Province Chile dan Communes Chile | |
![]() | |
Negara | Chile |
Daerah | Valparaíso |
Provinse | Isla de Pascua |
Komune | Isla de Pascua |
Pusat | Hanga Roa |
Pentadbiran | |
• Jenis | Perbandaran |
• Badan | Municipal council |
• Gabenor Provinsi ("Provincial Governor") | Carmen Cardinali Paoa |
• Alcalde | Pedro Edmunds Paoa (PRO) |
Keluasan | |
• Jumlah | 163.6 km2 (63.2 batu persegi) |
Penduduk (Bancian 2012) | |
• Jumlah | 5,761[2] |
• Bandar | 5,563[2] |
• Luar bandar | 198[2] |
Zon waktu | UTC-6 (EAST[3]) |
• Musim panas (DST) | UTC-5 (EASST[4]) |
Kod kawasan | 56 |
Matawang | Peso (CLP) |
Bahasa | Sepanyol, Rapa Nui |
Laman sesawang | Perbandaran Isla de Pascua |
National Geospatial-Intelligence Agency - NGA UFI=-905269 |
Pulau Easter (Templat:Lang-rap, Sepanyol: Isla de Pascua ) adalah pulau Polynesia di tenggara Lautan Pasifik, di titik paling selatan Segi tiga Polynesian. Pualu Easter terkenal kerana 887 patung menakjubkan yang dipanggil moai, dicipta oleh penduduk Rapa Nui awal. Pada tahun 1995, UNESCO menamakan Pulau Easter sebagai Tapak Warisan Dunia, dengan sebahagian besar pulau dilindungi di bawah Taman Negara Kebangsaan Rapa Nui.
Orang Polynesian mendiami Pulau Easter pada kurun pertamaCE, dan mencipta budaya maju, sebagaimana dibuktikan oleh moai dan barangan lain. Bagaimanapun, aktiviti manusia, pengenalan tikus Polynesian dan lampau penduduk mendorong kepada kehilangan hutan dan kepupusan sumber asli, yang menyebabkan pupusnya budaya Rapa Nui. Menjelang ketibaan orang Eropah pada tahun 1722, penduduk pulau telah jatuh pada 2,000–3,000 dari puncak anggaran 15,000 hanya satu abad sebelumnya. Pada masa kini, pulau ini bertindak sebagai amaran pada bahaya budaya dan persekitaran dari lampau pakai. Penyakit yang dibawa oleh kelasi Eropah dan pedagang hamba 1860-an bertambah mengurangkan penduduk Rapa Nui, jatuh sehingga 111 pada tahun 1877.[5]
Pulau Easter merupakan salah satu pulau paling terpencil di dunia.[6] Tanah berhuni terdekat (50 penduduk) adalah Kepulauan Pitcairn pada 2,075 kilometer (1,289 bt), dan titik benua paling hampir terletak di tengah Chile, pada 3,512 kilometer (2,182 bt).
Pulau Easter merupakan jajahan istimewa bagi Chile yang mengambilnya pada tahun 1888. Secara pentadbiran, ia termasuk dalam Kawasan Valparaíso dan lebih khusus lagi satu-satunya Komune Chile bagi Provinse Chile Isla de Pascua.[7] Menurut bancian 2012 ia memiliki sekitar 5,800 penduduk, di mana 60% merupakan keturunan Rapa Nui yang asal.
|url=
value (bantuan) pada 2011-11-01, dicapai pada 2013-11-17