Teks Hindu |
![]() |
Śruti
|
Purana (bahasa Sanskrit: पुराण, purāṇa - "purba") merangkumi kesusasteraan Hindu yang amat luas mengenai pelbagai subjek, khususnya mengenai mitologi, lagenda dan tradisi masyarakat India. Kebanyakan kesusasteraan ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, meskipun terdapat beberapa Purana popular dalam bahasa vernakular lain.
Terdapat 18 Maha Purana (atau Purana utama) dan 18 Upa Purana (Purana minor) dalam bahasa Sanskrit. Purana dianggap sebagai teks-teks sekunder atau Smriti dalam agama Hindu.
Secara amnya, perkataan 'Purana' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan sepanjang zaman.
Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar difahami. Tanpa Dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya, manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Oleh itu, golongan resi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purana. Matlamat utama Purana ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purana wujud dalam bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purana utama, antara yang popular ialah Vishnu Purana, Bhagavata Purana, Skanda Purana, Vayu Purana, Padma Purana, Markandeya Purana dan Agni Purana. Sebahagian Markandeya Purana amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.