Pure Vibracion | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Reggae |
Tahun aktif | 2000–kini |
Syarikat rakaman | Laguna Music |
Pengkarya berkait | Republic of Brickfields |
Ahli | Reggaejoe Jeffrey Little Miyan Mie Bai Faridz Fadzil Ariff Zuhaidee Ezza Afiqa |
Bekas ahli | Sudin Seir Oz Yusof |
Pure Vibracion (digayakan sebagai purevibracion) ialah sebuah kumpulan muzik reggae Malaysia. Kumpulan ini telah dilantik sebagai duta Aman Malaysia oleh pertubuhan Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia ("Malaysians For Peace"), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Mukhriz Mahathir. Pemilihan kumpulan ini dibuat kerana menyampaikan lagu-lagu bermesejkan keamanan sejagat.[1]