Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara
Pemandangan dari dekat Pusat Sains Negara
Map
Maklumat am
Ditubuhkan5 Jun 2010; 14 tahun yang lalu (2010-06-05)
JenisMuzium sains
Maklumat pentadbiran
PengarahProf. Madya Dr. Irmawati Ramli
PemilikKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Maklumat geografi
Lokasi
Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Kotak info muzium dengan parameter "logosize" yang tidak disokong
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Kotak info muzium dengan parameter "opening" yang tidak disokong

Pusat Sains Negara (atau PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia.[1] Pusat ini juga adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Misi PSN adalah untuk mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains dan teknologi sepanjang hayat. Objektif PSN pula adalah untuk memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan orang ramai terhadap sains dan teknologi.[2]

Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 29 November 1996. Di sini, terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan para pengunjung untuk menaruh minat yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Bahan pameran telah dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi dan diletakkan di galeri-galeri tertentu yang berdasarkan tema yang tersendiri. Secara keseluruhan, konsep yang ingin diketengahkan oleh pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama, serta untuk mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan diaplikasi dalam aktiviti seharian. Selain itu, Pusat Sains Negara juga mempunyai cawangan baharu di Gunung Keriang, Kedah yang dibuka pada 1 Mac 2010.

  1. ^ "Teruja di Pusat Sains Negara". 9 November 2017. Dicapai pada 6 Julai 2018.
  2. ^ "Program PSN". 2006. Dicapai pada 30 September 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne