Putera Hisahito dari Akishino (B. Jepun: 秋篠宮悠仁親王 Akishino no miya Hisahito shinnō), lahir 6 September 2006, merupakan anak ketiga kepada Putera Mahkota Fumihito dari Akishino dan Puteri Mahkota Kiko dari Akishino, dan merupakan anak lelaki yang pertama.[1][2] Beliau telah dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo. Mengikut urutan anggota keluarga diraja yang terkini, dia berada di barisan ketiga untuk menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun. Hal ini disebabkan Parlimen Jepun masih belum memutuskan sama ada akan menggubal peraturan baru bagi membenarkan seorang perempuan, iaitu anak tunggal Maharaja Naruhito dari Jepun, Puteri Aiko dari Toshi menaiki takhta.
Putera Hisahito mempunyai dua orang kakak, Mako Komuro dahulunya Puteri Mako dari Akishino (lahir 23 Oktober 1991) dan Puteri Kako dari Akishino (lahir 29 Disember 1994).
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan).