Putra Heights ialah sebuah bandar seluas 1,796 ekar (7.27 km2) di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Dimulakan pada 1999, hampir 80% daripada jumlah unit yang dirancang telah dilancarkan setakat 2009. Antara melebihi 6,400 unit yang telah siap pembinaannya termasuk:
Putra Heights kini dianggarkan mempunyai sebanyak 15,000 penghuni dan apabila disiapkan pada tahun 2016, kawasan kediaman ini dijangka akan menampung 60,000 orang.
Terletak di tengah-tengah perbandaran ini ialah Putra Point yang akan merupakan pusat perdagangan kepada perbandaran-perbandaran lain di kawasan ini. Selain daripada melayani penghuni-penghuni Putra Heights, Putra Point juga akan melayani perbandaran-perbandaran yang berjiran seperti Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Puchong, dan Shah Alam.