Qi Razali

Qi Razali
Kelahiran
Qushairi bin Mohammed Razali Wong

(1977-08-08) 8 Ogos 1977 (umur 47)
Nama lainQi, Qi Qushairi
PekerjaanPemuzik, pelakon, pengacara
Tahun aktif1992–kini
SaudaraSha'arin Razali (abang)

Qushairi Mohammed Razali Wong atau lebih dikenali sebagai Qi Razali (lahir 8 Ogos 1977) ialah seorang pemuzik, pengacara televisyen dan pelakon Malaysia. Beliau menyertai barisan terawal kumpulan OAG sebagai pemain dram dengan menggunakan nama pentas Chi,[1][2] nama beliau menjadi terkenal semenjak mengacarakan rancangan Destinasi Bajet yang menjadi ikutan ramai di 8TV sejak tahun 2007. Beliau merupakan adik kepada Sha'arin Razali, bekas pemain dram kumpulan Black Rose yang aktif di awal 90-an. Sama seperti Qi, Sha'arin juga masih bergiat aktif dalam dunia hiburan dengan membuat program TV bercorak majalah dengan syarikat produksi Blu Black beliau.[3]

Selain muzik, Qi ialah peminat pasukan Arsenal dan sering tampil dengan jersi pasukan itu bila dia membuat kemunculan di televisyen.[4]

  1. ^ Li Ee Kee (2009-05-16). "The Life of Qi". gua.com.my. Dicapai pada 2009-05-28.
  2. ^ Qushairi simpan impian bergelar pemuzik[pautan mati kekal] mSTAR Online (19 Mei 2009). Diperoleh pada 27 April 2014.
  3. ^ [https://web.archive.org/web/20180803111319/http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/04/22/shaarin-blackrose/ Diarkibkan 2018-08-03 di Wayback Machine Jangan Kaitkan Sha'arin Dengan Black Rose.
  4. ^ http://arsenaltegar.blogspot.my/2015/02/qi-razali-malaysian-celebrity-gooners.html

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne