RTB Perdana

RTB Perdana
NegaraASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
Kawasan siaranASEAN ( ASEAN/Saluran ini menyiarkan siaran awam secara rasmi di ASEAN)
Ahli gabunganRTB Sukmaindera
SloganMenjana Inspirasi
Ibu pejabatBangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan, Brunei
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (rasmi/utama/nasional)
Inggeris (rasmi/utama/nasional)
Format gambar1080i (16:9/HDTV)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Brunei
Saluran kembarRTB Aneka
RTB Sukmaindera
Sejarah
Dilancarkan1 Mac 1975; 49 tahun yang lalu (1975-03-01) sebagai Perkhidmatan Televisyen Brunei
Nama dahuluPerkhidmatan Televisyen Brunei (1 Mac 1975-10 April 2017)
Televisyen Islam Brunei (25 Oktober 2008-10 April 2017)
Pautan
Laman webwww.rtb.gov.bn
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 855 (HD) (Sarawak dan Labuan Sahaja)
Satelit
Telkom-4 (percuma)4080/H/32677 (HD) (RTB Sukmaindera HD)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Kotak info saluran televisyen dengan parameter yang tidak diketahui "format_audio"

RTB Perdana (televisyen ini dikenali sebagai Perkhidmatan Televisyen Brunei dan Televisyen Islam Brunei)[1] ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Brunei. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 1 Mac 1975 jam 7:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 40 minit sehari bermula dari jam 7:00 malam sehingga 8:00 malam sebagai Perkhidmatan Televisyen Brunei. RTB Perdana utamanya ialah di Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan. RTB Perdana ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Brunei. RTB Perdana telah secara rasmi menanda tayangan serentak dan bersamaan dengan RTB Sukmaindera.

Ini juga bagi melihatkan Brunei juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC News 24 (kini BBC News).

Liputan RTB Perdana HD dan RTB Sukmaindera HD meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei di darat dan juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura melalui parabola Telkom-4 dalam format HD (definisi tinggi) bersamaan dengan RTB Sukmaindera HD.

RTB Perdana HD kini bersiaran di MYTV di saluran 855 dalam format HD (definisi tinggi) bersamaan dengan RTB Aneka HD dan RTB Sukmaindera HD di Sarawak dan Labuan.

  1. ^ Fizah Hab (12 April 2017). "State broadcaster to revamp, digitise TV channels". Asia News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 4 February 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne