Ra / Re | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dewa Matahari | |||||||||||
Nama dalam hieroglif |
atau
atau
| ||||||||||
Pusat kultus utama | Heliopolis | ||||||||||
Simbol | cakera matahari | ||||||||||
Maklumat peribadi | |||||||||||
Ibu bapa | Neith dan Khnum atau Dewi Nu | ||||||||||
Adik-beradik | Apep, Thoth, Sobek, Selket, Hathor | ||||||||||
Pasangan | Hathor, Isis, Sekhmet, Bastet, dan Mut (sebagai Amun Ra) | ||||||||||
Anak | Shu, Tefnut, Bastet, Maat, Hathor, kadang-kala Selket |
Ra (/rɑː/;[1] Bahasa Mesir: rꜥ ; juga ditransliterasi rꜥw /ˈɾiːʕuw/; pepaku: 𒊑𒀀 ri-a atau 𒊑𒅀ri-ia;[2] Foenisia: 𐤓𐤏,[3] romanized: rʿ) atau Re (Bahasa Qibti: ⲣⲏ ) adalah nika dewa matahari serta dewa utama dipercayai masyarakat Mesir kuno. Pada Dinasti Kelima dalam abad ke-25 dan ke-24 SM, dia telah menjadi dewa utama dalam agama Mesir kuno, yang dikenal pasti terutamanya dengan matahari tengah hari.
Pada masa dinasti Mesir berikutnya, Ra telah digabungkan dengan dewa Horus, sebagai Ra-Horakhty ("Ra, iaitu Horus Kedua-dua Ufuk"). Dia dipercayai memerintah alam yang dicipta: di langit, di bumi dan alam ghaib.[4] Dia dikaitkan dengan burung falkon. Dalam zaman Kerajaan Baru, dewa Amun menjadi terkenal dan digabungkan dengan Ra sebagai Amun-Ra. Semasa Tempoh Amarnah, Akhenaten menindas kultus Ra dan memihak kepada satu lagi nika dewa matahari, Aten, cakera matahari yang didewakan, tetapi selepas kematian Akhenaten kultus Ra pulih.
Kultus lembu Mnevis, penjelmaan Ra, berpusat di Heliopolis dan terdapat banyak tanah perkuburan rasmi untuk lembu yang dikorbankan di utara bandar itu.
Semua kehidupan dipercayai telah dicipta oleh Ra, yang telah dia wujudkan dengan menyebut nama rahsia mereka. Selain itu manusia dikatakan terjadi daripada air mata dan peluh Ra, jadi orang Mesir memanggil diri mereka sebagai "sun god nika,dewa matahari." Dalam mitos pahlawan kebebasan,yang menyelamatkan manusia di perbudak di tenyubito yang diangap dewa pencakar langit.
One piece
Daripada:arshup