Radang sendi

Artritis
gambar tangan warga emas yang menggambarkan artritis reumatoid lanjutan
Tangan yang terkesan artritis reumatoid, satu bentuk autoimun arthritis
Sebutan
PengkhususanReumatologi
GejalaSakit sendi, kekakuan, kemerahan, bengkak, kekurangab julat pergerakan[2][3]
KerumitanSindrom kesakitan muskuloskeletal kuat[4]
Jenis> 100, paling biasa (osteoartritis, artritis reumatoid)[5][6][7]
Sejarah keluarga, umur, sifat jantina, kecederaan sendi sebelumnya, obesiti.[8]
RawatanBerehat, demah ais atau haba, penurunan berat badan, senaman, penggantian sendi[7]
Rawatan perubatan
Ibuprofen, parasetamol (asetaminofen)[9]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Artritis atau radang sendi ialah istilah yang sering digunakan untuk membawa maksud sebarang gangguan yang menjejaskan sendi.[2] Gejala biasanya termasuk sakit sendi dan kekakuan.[2] Gejala lain mungkin termasuk kemerahan, kehangatan, bengkak, dan penurunan julat pergerakan sendi terjejas.[2][3] Dalam sesetengah jenis radang sendi, organ lain juga terjejas. [7] Permulaan radang boleh secara beransur-ansur atau tiba-tiba.[6]

Terdapat lebih 100 jenis artritis.[10][5][6] Bentuk yang paling biasa ialah osteoartritis (penyakit sendi degeneratif) dan artritis reumatoid.[7] Osteoartritis biasanya berlaku mengikut faktor usia dan menjejaskan jari, lutut, dan pinggul.[7][11] Artritis reumatoid ialah gangguan autoimun yang sering menjejaskan tangan dan kaki.[7] Jenis lain termasuk gout, lupus, fibromialgia, dan artritis septik.[7][12] Semuanya adalah jenis penyakit reumatik.[2]

Rawatan mungkin termasuk merehatkan sendi dan berselang-seli antara menggunakan ais dan haba.[7][13] Penurunan berat badan dan senaman juga mungkin membantu.[7][14] Ubat yang disyorkan mungkin bergantung pada bentuk artritis.[15][9] Ini mungkin termasuk ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan parasetamol (acetaminophen).[9] Dalam sesetengah keadaan, penggantian sendi mungkin berguna.[7]

Osteoartritis menjejaskan lebih daripada 3.8% orang, manakala artritis reumatoid menjejaskan kira-kira 0.24% orang.[16] Gout menjejaskan kira-kira 1–2% penduduk Barat pada satu ketika dalam kehidupan mereka.[17] Di Australia kira-kira 15% orang mengalami artritis,[18] manakala di Amerika Syarikat lebih daripada 20% mempunyai jenis artritis.[12][19] Secara keseluruhan penyakit ini menjadi lebih biasa seiring pertambahan usia.[12] Artritis adalah sebab biasa orang ramai terlepas kerja dan boleh mengakibatkan penurunan kualiti hidup.[9] Istilah ini berasal daripada arthr- (bermaksud 'sendi') dan -itis (bermaksud 'keradangan').[20][21]

  1. ^ "arthritis noun - Definition, pictures, pronunciation and usage notes Oxford Advanced Learner's Dictionary". www.oxfordlearnersdictionaries.com. Dicapai pada 14 December 2017.
  2. ^ a b c d e "Arthritis and Rheumatic Diseases". NIAMS. October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2016. Dicapai pada 31 March 2021.
  3. ^ a b "Arthritis Types". CDC. June 22, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 14 September 2016.
  4. ^ "Amplified Musculoskeletal Pain Syndrome (AMPS)". Children's Health.
  5. ^ a b Athanasiou KA, Darling EM, Hu JC, DuRaine GD, Reddi AH (2013). Articular Cartilage. CRC Press. m/s. 105. ISBN 9781439853252.
  6. ^ a b c "Arthritis Basics". CDC. May 9, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2016. Dicapai pada 14 September 2016.
  7. ^ a b c d e f g h i j "Living With Arthritis: Health Information Basics for You and Your Family". NIAMS. July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2016. Dicapai pada 14 September 2016.
  8. ^ "Arthritis – Overview". mayoclinic.org. Mayo Clinic. Dicapai pada 6 June 2022.
  9. ^ a b c d "Arthritis: An Overview". OrthoInfo. October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada 14 September 2016.
  10. ^ Clegg HB, Jackson L (2013). Eating well to fight arthritis: 200 easy recipes and practical tips to help reduce inflammation and ease symptoms. Favorite Recipes Press. ISBN 978-0-9815640-5-0. OCLC 854909375.
  11. ^ "Traditional Chinese Medicine Formula in the Treatment of Osteoarthritis of Knees or Hips". Case Medical Research. 2019-10-01. doi:10.31525/ct1-nct04110847. ISSN 2643-4652.
  12. ^ a b c "Arthritis". CDC. July 22, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2016. Dicapai pada 14 September 2016.
  13. ^ SIDE EFFECTS MAY INCLUDE STRANGERS, McGill-Queen's University Press, 2020-10-22, m/s. 27, doi:10.2307/j.ctv1ghv4jh.24
  14. ^ "Blood-pressure pill may also aid weight loss". New Scientist. 198 (2654): 16. May 2008. doi:10.1016/s0262-4079(08)61076-3. ISSN 0262-4079.
  15. ^ "Higher-than-recommended doses of antipsychotic medications may not benefit people with schizophrenia and may increase side effects". 2007. doi:10.1037/e603782007-025. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  16. ^ "Burden of disability due to musculoskeletal (MSK) disorders". Best Practice & Research. Clinical Rheumatology. 28 (3): 353–366. June 2014. doi:10.1016/j.berh.2014.08.002. PMID 25481420. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  17. ^ "Gout". Lancet. 375 (9711): 318–328. January 2010. doi:10.1016/S0140-6736(09)60883-7. PMID 19692116.
  18. ^ "National Health Survey". ABS. 8 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2017. Dicapai pada 14 January 2017.
  19. ^ "Arthritis disease - the use of complementary therapies". Australian Family Physician. 39 (9): 638–640. September 2010. PMID 20877766.
  20. ^ Waite M, penyunting (2012). Paperback Oxford English Dictionary. Oxford: Oxford University Press. m/s. 35. ISBN 9780199640942. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20.
  21. ^ Leonard C (2015). Quick & Easy Medical Terminology - E-Book. Elsevier Health Sciences. m/s. 160. ISBN 9780323370646.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne