Koordinat: 3°6′40.0″N 101°40′13.9″E / 3.111111°N 101.670528°E
Nama dagang | Jabatan Penyiaran Malaysia |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Perbadanan mahkota |
Industri | Media massa |
Pendahulu |
|
Ditubuhkan |
|
Ibu pejabat | Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh negara Asia (melalui satelit) |
Tokoh penting | Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah) |
Keluaran |
|
Perkhidmatan |
|
Pemilik | Kerajaan Malaysia |
Bilangan kakitangan | 4,000[1] (2021[1]) |
Syarikat induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Jenis | Penyiar negara |
---|---|
Penjenamaan | Radio Televisyen Malaysia (RTM) |
Negara | |
Tarikh siaran pertama |
|
Ketersediaan | Seluruh negara juga terdapat di Singapura, Brunei, Thailand, Filipina dan Indonesia melalui saluran televisyen antarabangsa saluran TV Okey |
Ditubuhkan |
|
Slogan | Teman Setia Anda |
Stesen TV | |
Stesen radio | |
Ibu pejabat | Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia Kompleks KKD Sabah, Jalan Lintas, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Bangunan RTM Sarawak, Jalan P. Ramlee, Taman Budaya, Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kawasan siaran | Malaysia |
Pemilik | Kementerian Komunikasi Malaysia (Jabatan Penyiaran Malaysia) |
Induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Orang penting | Suhaimi Sulaiman Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia |
Tarikh pelancaran |
|
Nama lama |
|
Ahli gabungan |
|
Kumpulan | Radio, Televisyen |
Laman sesawang | www |
Radio Televisyen Malaysia (Jawi: راديو تيليۏيشن مليسيا; secara rasmi disingkat sebagai RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia (Jawi: جابتن ڤڽيارن مليسيا) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan dan manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963, ia adalah penyiar pertama dan tertua di negara ini. Radio Televisyen Malaysia memonopoli televisyen percuma ke udara sehingga 1984 dan radio sehingga 1989, apabila stesen televisyen dan radio swasta seperti TV3 dan Best FM mula beroperasi. Beribu pejabat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. RTM mengendalikan 6 saluran radio nasional, 16 saluran radio negeri dan 12 saluran radio daerah serta enam saluran televisyen. RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri iaitu Orkestra RTM. Pada 1 April 2024, RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-78 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-63. Moto utamanya ialah Teman Setia Anda.
Sejak penubuhannya pada 1946, RTM telah memainkan peranan penting dalam budaya dan kehidupan Malaysia. RTM dan stesen TV dan radio di bawah naungannya ialah ahli Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), sebuah pertubuhan media penyiaran bukan untung dan bukan kerajaan.