Yang Mulia Raja Azura | |
---|---|
Kelahiran | Y.M Raja Azura binti Y.M Tengku Ahmad Tajudin 18 Ogos 1972 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Kak Engku, K.E |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi, penghibur, penyampai radio |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Adzmin Osman (k. 2001; c. 2010) |
Anak-anak |
|
Ibu | Raja Saleha binti Raja Yusof |
Bapa | Raja @ Tengku Ahmad Tajudin Ibni Raja Said |
Y.M Hajah Raja Azura binti Y.M Haji Raja @ Tengku Ahmad Tajudin (lahir 18 Ogos 1972) yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku (K.E) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penghibur dan penyampai radio yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah Jenama Asia anjuran majalah antarabangsa Reader's Digest menerusi kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai 2 kali berturut-turut pada tahun 2016 dan 2020. Disamping itu, Kak Engku pernah menjulang trofi Pengacara TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 2 kali manakala bagi trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH pula sebanyak sekali.[2]