Rambo Chin | |
---|---|
Kelahiran | Chin Kia Shin 1944 |
Meninggal dunia | 5 Ogos 2001 | (umur 56–57)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1991–2001 |
Pasangan | Yoo Kim Yeak |
Anak-anak | 1 |
Chin Kia Shin atau lebih dikenali sebagai Rambo Chin (陳奇 1944 – 5 Ogos 2001)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia berketurunan Cina. Beliau terkenal menerusi watak Uncle Stanley dalam sitkom Spanar Jaya, yang disiarkan di ntv7.[2]
Selain itu, beliau juga terkenal menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Syed Muradzi Syed Shamsul (Dee) & Harith Iskander. Chin juga membintangi filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.