![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Sendirian berhad |
---|---|
Industri | Pengendalian pengangkutan awam |
Ditubuhkan | Jun 2007 |
Ibu pejabat | George Town,Pulau Pinang, ![]() |
Kawasan perkhidmatan | George Town Dan Negeri Pulau Pinang, Malaysia |
Tokoh penting | Azhar Ahmad (CEO) |
Keluaran | Pengangkutan bas awam |
Pemilik | Kementerian Kewangan Malaysia |
Syarikat induk | Syarikat Prasarana Negara Berhad |
Tapak web | http://www.rapidpg.com.my |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Rapid Penang, singkatan bagi Rapid Penang Sendirian Berhad, ialah sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendali perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang di Malaysia. Perkhidmatan Rapid Penang mula beroperasi mulai 31 Julai 2007.
Rapid Penang merupakan syarikat pengendali pengangkutan awam kedua yang didirikan kerajaan Malaysia, setelah pelancaran Rapid KL pada tahun 2004 bagi mengambil alih segala pengendalian LRT dan sebahagian besar rangkaian bas di Lembah Klang.
Rapid Penang merupakan anak syarikat Syarikat Prasarana Negara Berhad. Seperti Rapid KL, aset-aset yang dikendali oleh Rapid Penang adalah milik Syarikat Prasarana Negara Berhad.