![]() | |
![]() MRT Laluan Putrajaya mengala ke Stesen Kampung Batu | |
Jenis/bentuk sah | Rangkaian pengangkutan awam ![]() |
---|---|
Industri | Jenama pengangkutan awam |
Ditubuhkan | Julai 2004 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, ![]() |
Kawasan perkhidmatan | Lembah Klang, Malaysia |
Keluaran | Transit aliran ringan (LRT), transit aliran deras (MRT), monorel, transit aliran bas (BRT), bas henti-henti dan bas pengantara |
Pemilik | Prasarana Malaysia |
Tapak web | http://www.myrapid.com.my![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur merupakan jenama perkhidmatan pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dioperasi oleh dua anak syarikatnya Rapid Bus dan Rapid Rail. Rapid KL menjadi pengendali pengankutan awam utama di kawasan tersebut selepas penstrukturan semula sistem pengangakutan awam Kuala Lumpur dan Lembah Klang berikutan pengendali transit aliran ringan STAR dan PUTRA jatuh muflis.[1]
Pada tahun 2003, ia mewarisi perkhidmatan bas dan aset yang sebelum ini dioperasikan dan dimiliki oleh Intrakota dan Cityliner (Park May) selepas diberi bantuan kewangan.[2] Empat tahun kemudian, kerajaan Malaysia telah mengambil alih KL Infrastructure Group, pemilik dan pemegang konsesi operasi bagi monorel Kuala Lumpur, dan meletakkannya di bawah pemilikan Prasarana.
Dengan penubuhan dua anak syarikat baru bagi penstrukturan semula operasi rel dan bas henti-henti secara berasingan, Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur Sdn Bhd.