Menurut tinjauan awam 2013 di Malaysia oleh Transparency International, majoriti isi rumah yang ditinjau menanggap bahawa parti-parti politik Malaysia amat korup.[1] Satu suku daripada isi rumah yang ditinjau menganggap bahawa usaha kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.
Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.
Para eksekutif niaga yang ditinjau dalam Global Competitiveness Report 2013-2014 oleh World Forum Ekonomi Dunia mendapati bahawa kelakuan luar etika syarikat merupakan kepincangan bagi berniaga di Malaysia.[2] Ada kalanya kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pertalian rapat, malah dasar-dasar menganugerahkan projek infrastruktur besar-besaran kepada syarikat Bumiputera terpilih tanpa tender terbuka masih wujud.[3]
Pada 28 Julai 2020, bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).[4] Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.[5] Hakim Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu memutuskan bahawa Najib tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC.[6]