Realiti dalam kegunaan harian bermaksud "keadaan sesuatu seperti mana ia wujud"[1]. Istilah realiti, dalam erti paling luas, termasuk segala yang sedia ada, sama ada ia boleh dilihat, boleh difahami, atau kelihatan dirinya tidak konsisten dari segi sains, falsafah, atau mana-mana sistem analisa yang lain. Realiti dalam maksud ini bolehlah termasuk adanya dan tidak adanya jisim tersebut, manakala kewujudan sering terhad kepada adanya (bandingkan dengan alam semula jadi).