Reichskommissariat (bahasa Inggeris: Komisariat Reich ) ialah sebutan Bahasa Jerman bagi sejenis entiti pentadbiran yang diketuai oleh pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Reichskommissar (bahasa Inggeris: Komisioner Reich ). Walaupun banyak pejabat seperti itu wujud terutamanya sepanjang tempoh Imperial Jerman dan Nazi dalam beberapa bidang yang berbeza (mulai dari prasarana awam dan perancangan ruang hingga pembersihan etnik), ia paling banyak digunakan untuk merujuk kepada entiti pentadbiran kewilayahan kuasi-kolonial yang ditubuhkan oleh Jerman Nazi di beberapa negara taklukan semasa Perang Dunia II. Walaupun secara rasmi terletak diluar Reich Jerman dalam erti kata yang sah, entiti-entiti ini diuruskan secara langsung oleh pihak berkuasa awam tertinggi (iaitu Reichskommissar), yang memerintah wilayah-wilayah mereka yang ditugaskan sebagai gabenor Jerman bagi pihak dan sebagai wakil langsung Adolf Hitler.[1]
Pembentukan pentadbiran wilayah ini mempunyai beberapa tujuan. Wilayah yang ditubuhkan atau dirancang untuk ditubuhkan di Eropah Barat dan Eropah Utara secara umum dibayangkan sebagai fasa peralihan untuk penggabungan masa depan pelbagai negara-negara Jermanik diluar Jerman sebelum perang kedalam negara Nazi yang sedang diperbesarkan.[2] Rakan-rakan timur mereka berfungsi untuk tujuan penjajah dan imperialis, sebagai sumber masa depan Lebensraum bagi koloni Jerman dan penggunaan sumber semulajadi.[3][4]
Perbezaan lain adalah tahap baik pulih pentadbiran yang dilaksanakan dalam dua jenis. Seperti di kebanyakan negara lain yang ditakluki oleh Jerman, para pentadbir dan birokrat tempatan ditekan untuk meneruskan operasi harian mereka (terutamanya di peringkat menengah dan rendah) walaupun dibawah pengawasan Jerman. Sepanjang peperangan, Reichskommissariat di Barat dan Utara Eropah hanya mengekalkan struktur yang ada sebelum ini, manakala di timur struktur baru seperti itu diperkenalkan.[5]
Semua entiti ini bertujuan untuk penyatuan ke dalam Negara Jerman Raya (Jerman: Großgermanisches Reich ) yang merangkumi benua besar Eropah bermula dari Laut Utara hingga ke Pergunungan Ural, dimana Jerman akan menjadi asasnya.[2]