Remy Ishak DPSM (Melaka) | |
---|---|
![]() Remy menurunkan tandatangan di acara Dashing Roadshow. | |
Kelahiran | Mohammad Zalimei bin Ishak 11 April 1982 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Datin Roszaliza Yusof (k. 2021) |
Anak-anak | Alam Tuah Muhammad Zaliemi |
Datuk Mohammad Zalimei bin Ishak (lahir 11 April 1982)[1][2] yang lebih dikenali sebagai Remy Ishak ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh pengarah Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.
Beliau juga terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen termasuk Cinta Jangan Pergi, Kekasih Paksa Rela, Dosa: Sacred Sin, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan Keluarga Baha Don. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Anak Halal (2007), Evolusi KL Drift 2 (2010), Cun! dan Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko, 29 Februari dan Hantu Kapcai (2012), Pulang (2018), Sangkar (2019) dan The Experts (2024). Sepanjang kerjayanya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.